Platform Jana’Preneur dijangka akan dilancarkan Januari tahun depan. Fungsinya sebagai pusat sehenti platform perniagaan dalam talian terutama untuk golongan B40 dan pekerja bebas yang baru menceburi bidang perniagaan. 

Jelas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, ia membantu usahawan meningkatkan kemahiran dan keupayaan untuk lebih berdaya saing.

Pendaftaran usahawan platform Jana’Preneur adalah percuma.Jana’Preneur milik bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). 
 
Ia portal platform iklan dalam talian yang menghubungkan pembeli dan penjual untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan. Datuk Awang Hashim menjawab pertanyaan wakil Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini