Kemudahan digital platform THiJARI berjaya menarik lebih sejuta pengguna sejak diperkenalkan Februari tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji,TH  Datuk Seri Amrin Awaluddin, ia mencerminkan kecenderungan pendeposit menggunakan teknologi dan kemudahan digital.

Ia memudahkan lebih lapan juta pendeposit membuat transaksi secara dalam talian dengan selamat, tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan.  

Jumlah transaksinya melonjak tiga kali ganda dalam tempoh setahun dengan purata 1.5 juta transaksi sebulan.

Ia melibatkan nilai deposit lebih RM200 juta. TH berharap lebih ramai akan mendaftar sebagai pengguna kerana ia selamat, mudah dan menjimatkan masa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini