Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan tinjauan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Beliau turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Menerusi hantaran di facebooknya, beliau memaklumkan, semua kemudahan di kompleks berkenaan termasuk sistem pengangkutan awam dalam keadaan baik, selepas beroperasi semula.

Bagaimanapun terdapat kerosakan eskalator dan pintu automatik untuk pemegang pasport Malaysia.

Beliau berharap kekurangan tersebut dapat diatasi segera demi kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara luar, kerana kompleks berkenaan merupakan salah satu pintu masuk utama ke Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini