Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Singapura, esok.

Antara bakal jadi tumpuan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara dua negara.

VTL dijangka dirasmikan Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawatan, Lee hsein Leong di Woodlands.

Mereka kemudiannya dijadual mengadakan pertemuan empat mata.

Antara perkara bakal dibincangkan adalah hubungan dua hala, isu serantau dan hal global berkepentingan.

Sidang Media bersama dijangka diadakan selepas itu.

Dalam lawatan kali ini, Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura; Halimah Yacob.

Lawatan rasmi tersebut merupakan yang pertama sejak Datuk Seri Ismail Sabri menjawat jawatan Perdana Menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini