Fasa 1 pembayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC) akan dikreditkan bermula 6 September ini. Ia setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyegerakan pembayaran tersebut yang sepatutnya dilaksanakan Ogos lalu. Berikutan itu juga, sebanyak RM3.1 billion disalurkan kepada institusi perbankan hari ini.

Pembayaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai 10 september ini. Seramai 10 juta penerima akan menerima manfaat daripada bantuan tersebut terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 , M40 serta golongan bujang berkelayakan.

Pembayaran seterusnya akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan. BKC merupakan sebahagian daripada pakej perlindungan rakyat dan pemulihan rakyat (PEMULIH) selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Datuk Seri ismail berharap bantuan tersebut dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19. Kerajaan juga akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini