Rancangan Malaysia (RMK-12) akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 September ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Rancangan dari tahun 2021 sehingga 2025 itu kini hampir siap 100 peratus.

Jelasnya, isu utama yang akan ditangani dalam tempoh lima tahun akan datang itu termasuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan kawasan dengan tumpuan di negeri-negeri yang telah dikenal pasti.

Mengulas mengenai sasaran 100 hari kementerian, pihaknya akan memfokuskan kepada penyediaan RMK-12 dan memuktamadkan Belanjawan Pembangunan 2022 bersama Kementerian Kewangan. Datuk Seri Mustapa menyatakan demikian selepas mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama memulakan tugas rasmi di Putrajaya. Hadir sama, Timbalannya Datuk Eddin Syazlee Shith.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini