Desakan supaya Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meletak jawatan semakin ketara.
Setakat ini enam Ahli Parlimen Konservatif mengumumkan secara terbuka hilang kepercayaan terhadap Johnson
Terbaru, bekas Menteri Kabinet, David Davis menyertai barisan Ahli Parlimen yang mahu Johnson berundur.
Setakat ini pihak pembangkang mendakwa 162 surat diperlukan untuk memulakan usul tidak percaya terhadap Johnson. Tuntutan supaya Johnson meletak jawatan timbul berikutan kegagalannya bertanggungjawab ke atas isu majlis keraian di Downing Street ketika sekatan dikenakan.