Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  membuat lawatan kerja di Menara Kuantan 188 yang dibangunkan ECERDC dengan kerjasama kerajaan Negeri. 

Projek pelancongan ikonik di tengah-tengah bandaraya Kuantan telah menerima 23,600 orang pelawat sejak ia dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2021, dengan purata 500 pelawat sehari.

Pada lawatan itu, Datuk Seri Ismail Sabri diberi taklimat berhubung pelancongan terkini yang dicadangkan ECERDC iaitu pelancongan kenderaan rekreasi (RV) yang dipamerkan di pintu masuk menara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini