Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Dewan San Choon, Wisma MCA pagi ini bagi memeriahkan Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin disambut Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee ka siong, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Mah Hang soon, serta barisan kepemimpinan MCA yang disusuli dgn persembahan tarian harimau, nyanyian dan persembahan kebudayaan.

Turut hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Majlis Tahun Baharu Cina kali ini disambut secara sederhana walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Tahun Baharu Cina kali ini lebih longgar berbanding tahun lalu.

Majlis hari ini hanya  melibatkan jemputan yang terhad dengan 50 peratus kapasiti ruang bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

Perdana menteri turut bersama para hadirin menggaul yee sang yang merupakan acara tradisi sambutan tahun baru cina.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini