Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron.

Al-Kadhimi dilapor tidak cedera setelah sebuah dron cuba menyasarkan kediamannya di Zon Hijau di Baghdad. Bagaimanapun, tiga daripada pengawal keselamatannya cedera.

Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi berkata beliau dalam keadaan “baik” dan meminta semua “bertenang demi Iraq.” Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat turut berhubung rapat dengan pasukan keselamatan Iraq dan menawarkan bantuan untuk menyiasat serangan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini