Bekalan elektrik di kawasan terlibat banjir akan disambung secepat mungkin apabila keadaan air mulai surut. Jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, TNB terpaksa memutuskan bekalan buat sementara waktu di lebih 350 kawasan di Lembah Klang disebabkan banjir. Tindakan diambil atas faktor keselamatan awam kerana paras air masih bahaya dan litar pintas hingga menyebabkan kebakaran boleh berlaku. 

Selain itu, disebabkan masih ada kawasan yang ditenggelami banjir, TNB terpaksa menangguhkan penyambungan bekalan elektrik ke kawasan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini