Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akan mengetuai inisiatif Pembasmian Kemiskinan. 

Menerusi inisiatif tersebut, Unit Kemiskinan akan ditubuhkan di peringkat pusat, negeri dan daerah bagi menangani isu kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di bandar dan luar bandar.

Pada masa sama, kerajaan juga akan memenuhi keperluan perumahan generasi muda Keluarga Malaysia yang melibatkan Teknologi Kecerdasan Buatan.

Atas semangat keterangkuman yang sama, kerajaan katanya turut terus memberi fokus kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini