Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030. Dengan 5 teras, ia merupakan pelan bagi menyemai perpaduan masyarakat selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Beliau berkata, pelan berkenaan bukan hanya yang tertulis di atas kertas semata-mata bahkan merupakan satu modus operandi yang terancang. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 di ibu negara.

Pelan berkenaan juga berlandaskan hasrat mengembalikan semula impian asal perpaduan yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara. Selaras asas Rukun Negara, ia bertujuan membina perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum berlandaskan kesepaduan dan keharmonian rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini