Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan menyaksikan mini konsert golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berjudul “Kau dan Aku” semalam.

Acara diadakan di Damansara Performing Art Centre, Selangor itu bersempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPD) yang disambut hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri dibawa melawat ke pameran seni dan kraftangan yang dihasilkan para artis OKU yang merupakan idea inklusif mencerminkan keterangkuman konsep Keluarga Malaysia.

Turut hadir Menteri Komuikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rina Mohd Harun serta Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Konsert anjuran Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral) itu merupakan antara beberapa siri mini konsert dan pameran seni yang pernah diadakan sejak tiga tahun lalu.

Persembahan malam tadi turut dihiburkan dengan nyanyian oleh Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang juga Presiden OKU Sentral dengan membawakan beberapa buah lagu seperti ‘Teratai’, ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Stand by me’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini