Usai Majlis Perasmian JAKM edisi ke empat di Terengganu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa melawat reruai agensi kerajaan dan bukan kerajaan di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu berkenaan.

Perdana Menteri turut singgah di khemah Jualan Rakyat Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah berbanding harga runcit.

Sokongan positif rakyat terhadap Program JAKM menjadi penunjuk aras diatas kejayaan mewujudkan satu hubungan yang rapat antara kerajaan dan rakyat. Perdana Menteri turut sempat meluangkan masa beramah-mesra dengan para peniaga dan pengunjung sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini