Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa meninjau persiapan terakhir penyediaan Bajet 2022 di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) malam tadi.

Dalam satu ciapan di laman sosial Twitter, turut dimuatkan video beliau bersama pegawai-pegawai kanan MOF yang terlibat.

Beliau turut berdoa agar segala urusan dipermudah dan berjalan lancar menjelang pembentangan di Parlimen, Jumaat ini.

Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz bersama Timbalan Menteri Kewangan 1 dan 2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini