Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan “Dirgahayu Tuanku” kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri turut melahirkan harapan semoga Malaysia terus maju di bawah naungan Seri Paduka.

Perdana Menteri juga menyifatkan Al-Sultan Abdullah sebagai Raja berjiwa rakyat, memayungi Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini