Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk meminta negara-negara Eropah menghentikan usaha mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan ia boleh dijadikan syarat kepada negara-negara Eropah yang memiliki hubungan dagangan dengan Malaysia. Jelas Perdana Menteri, kemungkinan itu sejajar perkembangan terbaharu iaitu cadangan penggabungan syarikat telekomunikasi Malaysia iaitu Axiata Group Berhad dengan syarikat Telenor ASA dari Norway. Perkara mengenainya dinyatakan Tun Dr Mahathir dalam sidang media sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke London, United Kingdom. Ia merujuk penggabungan kedua-dua syarikat berkenaan yang Norway merupakan antara negara menentang penggunaan minyak kelapa sawit dengan alasan penanamannya memusnahkan hutan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini