Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan beliau tidak turun padang ke lokasi terjejas banjir.

Tindakan segera telah diambil dengan meninjau situasi bencana, terutama yang berlaku luar jangka di Selangor.

Langkah segera dilaksana Perdana Menteri sejak malam pertama banjir di negeri tersebut.

Ia termasuk bergegas ke Pusat Kawalan Bencana  Negara (NDCC) bagi mengetahui situasi sebenar dan maklumat terkini berkaitan banjir.

Bagi memudahkan penduduk membuat aduan dan pertanyaan mengenainya, beliau mengarahkan talian hotline NDCC dibuka sepenuhnya.

Datuk Seri Ismail Sabri kemudiannya mengadakan sidang media situasi semasa banjir.

Setelah selesai, beliau kemudiannya meninjau lokasi terjejas banjir di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights sehingga lewat malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini