Perdana Menteri, Jacinda Arden membatalkan perkahwinannya ketika New Zealand memperkenalkan sekatan baharu mengekang penularan varian Omicron.

Beliau turut menyuarakan rasa simpati terhadap mereka yang senasib dengannya.

Bermula hari ini, New Zealand mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mengehadkan perhimpunan dengan kehadiran 100 orang lengkap vaksin dalam setiap acara.

Ia susulan pengesanan kluster melibatkan sembilan kes varian Omicron.

Jangkitan itu mempunyai hubung kait dengan sebuah keluarga yang menaiki penerbangan antara bandar, untuk menghadiri majlis perkahwinan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini