Khamis ini,Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup bagi membincangkan langkah menyeluruh menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat. Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentang kementerian terlibat.

Selain itu, antara perkara lain yang turut dibincangkan, berkaitan pergantungan kepada import, kos kepada input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, pengangkutan dan logistik, serta teknologi pertanian.

Antara yang turut disentuh berkaitan kadar inflasi negara, yang naik kepada 2.9 peratus pada Oktober lalu berbanding 1.2 peratus pada tahun 2020. Ia impak pandemik dan harga minyak petroleum yang jatuh mendadak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini