Prestasi keseluruhan bagi tempoh 100 hari pentadbiran jemaah menteri yang mencapai sekitar 90 peratus kejayaan bukan alasan untuk mendabik dada.

Sebaliknya menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk barisan kabinet terus bekerja bersama rakyat.

Perdana menteri berkata sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama, KPI tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh ahli Jemaah Menteri dengan kerjasama penjawat awam menggembleng tenaga serta memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan kepada Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri menetapkan sasaran 100 hari bagi setiap kementerian sejurus pengumuman barisan kabinet pada 27 Ogos lepas.

Prestasi 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia itu dimuktamadkan pada 24 September lalu.

Prestasi diukur berdasarkan Perkhidmatan Teras Kementerian sebanyak 50 peratus, Penilaian Prestasi Menteri, 25 peratus dan Persepsi Awam terhadap Menteri dan Kementerian, juga 25 peratus.

140 sasaran ditetapkan untuk dilaksana sepanjang 100 hari tersebut, melibatkan lima Kluster, iaitu Kluster Menteri Kanan, Ekonomi, Sosial, Keselamatan dan Infrastruktur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini