Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Datuk Seri Ismail Sabri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Dalam nahas yang berlaku pada jam 10.07 malam itu, seorang lagi juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

Ketika kejadian kedua-dua juruterbang tersebut sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini