Selepas Kemboja, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan lawatan rasmi tiga hari ke Thailand.

Beliau selamat tiba di Bangkok, pukul 8.15 minit malam waktu tempatan.

Ia sebahagian daripada rangka lawatan pengenalan Perdana Menteri ke negara-negara serantau selepas dilantik pada Ogos 2021.

Beliau disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Luar negara itu, Don Pramudwinai.

Turut serta pada sambutan di Lapangan Terbang Tentara Udara DiRaja Thailand, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Pada lawatan ini, Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Perdana Menteri dijadual bertemu rakan sejawatnya, Jeneral Prayut Chan-o-cha, di Rumah Kerajaan bagi mengadakan Mesyuarat Terhad.

Kedua-dua pemimpin juga akan mengadakan sidang media bersama menyentuh isu-isu dua hala berkepentingan bersama.

Paling menarik tumpuan, perincian tentang rancangan pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand.

Aktiviti-aktiviti di sempadan merangkumi 70% jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Thailand yang mencatat peningkatan positif sebanyak 23% pada 2021, dengan jumlah perdagangan mencecah RM97.97 bilion.

Thailand kekal sebagai rakan dagang ke-6 terbesar bagi Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini