Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Phnom Penh, dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Kemboja.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri bersama delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh kira-kira pukul 4.20 petang waktu tempatan (5.20 waktu Malaysia).

Ketibaan Perdana Menteri serta delegasi disambut oleh Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Othman Hassan sebagai mewakili kerajaan Kemboja, Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lawatan rasmi Datuk Seri Ismail Sabri ke Kemboja adalah bagi memenuhi jemputan rakan sejawatannya, Hun Sen.

Kemboja merupakan Pengerusi ASEAN 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini