Kekalahan Malaysia malam tadi turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut meluangkan masa menonton perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau meluahkan rasa bangga dengan semangat yang dipamerkan pemain Harimau Malaya dan menyeru mereka terus berjuang lagi pada perlawanan seterusnya.

Sebelum itu, Perdana Menteri tiba pada jam 8.45 malam dan disambut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin serta kepimpinan tertinggi badan induk itu. 

Turut berangkat menyaksikan perlawanan, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selain Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada aksi malam tadi, skuad negara kurang bernasib baik apabila tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E. Skuad Harimau Malaya akan berdepan Bangladesh bagi aksi terakhir pada Selasa ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini