Masyarakat diseru mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif berkaitan peluang kerjaya yang dikendalikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui program seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT serta MyFutureJobs akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di negara ini ke paras di bawah 4.2 peratus.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Karnival KPT Keluarga Malaysia di Johor.