Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru usahawan wanita agar menerapkan semangat Keluarga Malaysia dalam memartabatkan ekonomi mereka.

Akuinya, semangat kebersamaan, keterangkuman serta kesyukuran perlu diterapkan dalam menjalankan program keusahawanan.

Perdana Menteri berkata usahawan wanita juga perlu kreatif dalam menjalankan perniagaan termasuk beralih kepada kaedah dalam talian terutama ketika keadaan negara berdepan pandemik COVID-19.

Beliau berucap pada majlis makan malam ‘Menjalin Interaksi Melakar Memori’ anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) di Bentong, Pahang, malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini