Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson membuat keputusan mengejut pada semalam apabila meletak jawatannya hanya beberapa jam selepas dilantik. Keputusan itu dibuat selepas belanjawan tahunan yang dibentangkannya tidak diluluskan di Parlimen dan salah satu parti di bawah kerajaan campuran, Greens Party, meninggalkan gabungan berkenaan.

Sebelum ini, Andersson muncul wanita pertama dipilih sebagai Perdana Menteri Sweden selepas mencapai perjanjian saat akhir dengan Left Party untuk menaikkan pencen bagi pertukaran sokongan dalam undian.

Bagaimanapun, Centre Party yang kecil kemudian menarik balik sokongannya terhadap belanjawan Andersson, susulan konsesi dibuat kepada Left Party, menyebabkan bajetnya gagal meraih undi mencukupi untuk diluluskan di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini