Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru setiap persidangan, mesyuarat dan program yang dianjurkan dalam negara perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Ini susulan trend sebilangan pihak swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang gemar menggunakan Bahasa Inggeris semasa menjalankan program.

Menurut beliau, semua pihak perlu berganding bahu, memperkukuh Bahasa Melayu agar ia tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi.

Masyarakat juga tegasnya perlu berbangga kerana Bahasa Melayu tetap teguh, mencorak ritma tersendiri, tatkala dunia didominasi Bahasa Inggeris. Beliau berkata demikian pada majlis Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Johor Bahru, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini