Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengiktiraf sumbangan komuniti Islam kepada kestabilan dan kemakmuran negara yang mapan. Beliau turut berharap, sambutan Aidilfitri hari ini dapat mengekalkan semangat umat Islam Thailand untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara. Komuniti Islam merupakan kumpulan agama kedua terbesar di Thailand dan mendiami kawasan selatan seperti Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Kerajaan Thailand turut memuji amalan Islam yang selari dengan hala tuju negara iaitu mengekalkan keharmonian agama. Ucapan Prayut mewakili kerajaan disampaikan sehari sebelum umat Islam Thailand merayakan kedatangan Syawal. Beliau berharap komuniti Islam terus mencapai kejayaan di dalam konteks pembangunan Thailand.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini