Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini berada di Jakarta bagi memulakan lawatan rasmi 3 hari ke Indonesia. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdana Kusuma pagi tadi diiringi Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perdana Menteri dan delegasi disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim. Delegasi mengenakan batik Malaysia sebagai pakaian rasmi lawatan berkenaan.

Ini merupakan lawatan pertama Datuk Seri Ismail Sabri ke luar negara sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri 21 Ogos lalu. Beliau dijadual bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Bogor, esok.
 
Dua perjanjian persefahaman akan ditandatangani kedua-dua negara, disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Jokowi.

Lawatan atas jemputan Presiden Jokowi, bakal memberi peluang kepada Kuala Lumpur-Jakarta meneroka usaha pemulihan pasca pandemik. Laporan penuh mengenai lawatan ini dalam Berita Perdana, malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini