Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 10.40 pagi sempena lawatan kerja dua hari ke Sarawak.

Beliau disambut Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar. Datuk Seri Ismail Sabri dijadual menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kapit pada sebelah petang.

Manakala pada sebelah malam, beliau dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Kuching. Pada esok pula, Perdana Menteri dijangka merasmikan Pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Seksyen Serian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini