Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom (UK) Elizabeth Truss atas pelantikan beliau pada bulan September lepas.

Dayuk Seri Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu ketika Truss, yang juga Menteri Wanita dan Kesaksamaan UK, mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya hari ini.

Kunjungan hormat tersebut adalah sebahagian daripada jadual perjalanan Truss ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini