Pemergian mendiang Ronnie Ignatius Theseira Sabtu lepas mendapat perhatian PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menerusi catatan di Facebook rasminya, beliau menyifatkan negara kehilangan seorang legenda yang dihormati dalam sukan lawan pedang.

Di dalam catatan itu juga menyatakan, jasa dan pengorbanan mendiang Ronnie dalam sukan lawan pedang akan sentiasa dikenang Keluarga Malaysia.

Beliau turut berharap keluarganya terus tabah menghadapi dugaan ini. Ronnie, 92 tahun yang membantu memperkenalkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar 1950-an, meninggal dunia akibat sakit tua.

Mendiang yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo merupakan pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia selain pernah melatih kebanyakan bekas atlet negara pada era 1970-an dan 1980-an.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini