Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pagi tadi.

Pemergiannya disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan menyebut jasa dan pengorbanan mendiang pasti dikenang sampai bila-bila.

Tegasnya, mendiang adalah pemimpin berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

Datuk Seri Ismail Sabri mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini