Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya di Singapura Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman kes Nagaentran K Dharmalingam. 

Difahamkan Datuk Seri Ismail Sabri telah meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura. 

Sebelum ini proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden Singapura dan ditolak pada 1 Jun 2020. 

Hukuman mati itu dijadual dilaksanakan pada 10 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini