Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada pemimpin UMNO dan BN atas kepercayaan diberi kepada beliau untuk menerajui tampuk kepimpinan negara pada 20 Ogos tahun lalu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berterima kasih kepada parti-parti komponen yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri jika BN menang PRU Ke-15. Ia selari kesepakatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan direstui semua parti komponen BN.

BN yang telah melalui sejarah panjang dalam penubuhannya, adalah sebuah parti yang sarat dengan pengalaman perjuangan politik tanah air. Justeru, Datuk Seri Ismail Sabri mahu mengangkat semula martabat BN sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara bangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini