Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin Shah sepanjang tempoh baginda menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, segala pandangan, nasihat dan buah fikiran yang dizahirkan baginda telah banyak membantu dan sentiasa menjadi pedoman serta ingatan buat beliau dan rakan Jemaah Menteri dalam memastikan pentadbiran negara sentiasa berada di landasan tepat.

Sultan Nazrin menamatkan tugas menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke United Kingdom.

Baginda yang melaksanakan tugas itu pada 18 September lalu dan menamatkan tugas berkenaan pada 12 tengah malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini