Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Adibah Noor yang telah meninggal dunia, semalam.

Beliau menyifatkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan.

Beliau juga mendokan semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan oang yang beriman dan beramal soleh. Allahyarhamah menghembus nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles ibu negara akibat kanser ovari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini