PMB Investment Bhd menyasarkan untuk meraih RM50 juta dalam tempoh setahun bagi dana terbaharunya, PMB Shariah Global Equity Fund. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahani Ibrahim yakin ia mampu dicapai berdasarkan kelebihan ditawarkan dana berkenaan.

Setakat ini, PMB Shariah Global Equity Fund berjaya mengumpulkan dana RM5 juta. PMB Shariah Global Equity Fund menyediakan pelabur tempatan akses kepada portfolio sekuriti patuh Shariah global pada harga yang kompetetif.

99.5 peratus daripada nilai aset bersihnya dilabur dalam ekuiti patuh Shariah di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, China dan Jepun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini