Paul Pogba yang cedera sejak dua bulan lalu dijangka kembali berlatih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu lagi.

Ia merupakan berita baik buat bintang Manchester United itu yang menhabiskan sebahagian masanya di Dubai untuk proses pemulihan. Perkembangan itu hadir selepas Pogba berlari secara perlahan di pusat latihan Carrington minggu lalu.

Sekiranya mendapat lampu hijau daripada pasukan perubatan, beliau boleh kembali beraksi hujung bulan ini.

Perkembangan membolehkan pemain tengah itu menyertai pasukan menjelang pertemuan Piala FA dengan Aston Villa.

Pogba tidak berlatih sejak dua bulan lalu selepas cedera pada paha ketika aksi antarabangsa bersama Perancis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini