Presiden Poland, Andzej Duda tegas menyatakan sokongan negaranya untuk membantu Ukraine dalam menghadapi krisis bersama Rusia.

Duda berkata selepas Bucha, Borodianka dan Mariupol, kini tidak ada urusan lagi yang boleh dilakukan dengan Rusia.

Tambahnya, dunia tidak boleh kembali seperti biasa dan melupakan semua jenayah, pencerobohan dan hak asasi yang telah dimusnahkan.

Lawatan Duda ke Kyiv perlu diberi perhatian kerana peranan besar dimainkan Poland dalam konflik, mengalu-alukan jutaan pelarian Ukraine ke negaranya serta menjadi titik transit untuk senjata Barat dan bantuan menuju ke Ukraine.

Duda menegaskan bahawa Poland dan Ukraine mempunyai masa depan bersama dalam Kesatuan Eropah (EU), tetapi sesetengah ahlinya mengambil sikap berdiam diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini