Susulan banjir di Kampung Jeriah, Sibu Sarawak.

Pihak polis mengagihkan bantuan kepada penduduk terjejas.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat, bantuan tersebut merupakan sumbangan daripada syarikat swasta di Sibu bagi meringankan beban penduduk yang terlibat.

Beliau turut menasihati penduduk  Sibu terus berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana ekoran cuaca tidak menentu.
 
Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan bantuan makanan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Jeriah, Sibu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini