Polis membawa keluar satu lagi mayat Orang Asli suku Batek yang ditanda pada Rabu lepas untuk menjalani bedah siasat di Hospital Gua Musang, kira-kira pukul 4 petang, semalam. Sasaran awal operasi membawa keluar tiga mayat, namun pasukan penyelamat berdepan kesukaran ke lokasi persemadian dua lagi mangsa ekoran hujan lebat menyebabkan bot dua kumpulan pencari tidak dapat diturunkan ke sungai. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superitendan Mohd Taufik Maidin berkata mayat yang dibawa keluar dikenali sebagai Mek Nab a/p Tebu, 63 tahun, dan didakwa meninggal dunia pada 2 Mei lalu. Mengenai operasi mengesan empat mayat yang disemadikan di Hulu Sungai Lebir, beliau berkata dua pasukan yang ditugaskan telah berjaya mengenal pasti kawasan terbabit. Keempat-empat mayat dipercayai dikenali sebagai Puspa a/p Li, 5 tahun, Amir a/l Li, setahun, Haikal a/l Rahim, 22 tahun, dan Farah a/p Rahim, 20 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini