Polis Belgium menggunakan meriam air dan gas pemedih mata ke arah puluhan ribu penunjuk perasaan yang membantah peraturan baharu COVID-19 diperkenalkan kerajaan.

Sekurang-kurangnya 50,000 penunjuk perasaan terbabit dalam perhimpunan di Brussels, terbesar dalam beberapa bulan lalu.

Pertempuran antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan yang bersenjatakan batu dan mercun berlaku berhampiran ibu pejabat Kesatuan Eropah

Menurut polis, sekurang-kurangnya 70 orang ditahan termasuk mereka yang melontar objek dan merosakkan harta benda.

Selain itu, tiga orang anggota keselamatan dan 12 penunjuk perasaan dimasukkan ke hospital kerana cedera namun tidak mengancam nyawa mereka.

Tunjuk perasaan tercetus apabila rakyat Belgium membantah langkah sekatan COVID-19 dan sijil vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan.

Ia susulan keputusan kerajaan mengurangkan kesahihan sijil vaksinasi daripada 270 hari kepada 150 hari, bermula 1 Mac.

Tunjuk perasaan di Brussels diadakan serentak dengan protes yang turut diadakan di bandar-bandar Eropah yang lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini