Susulan video tular mengenai pergaduhan dua kumpulan lelaki di Tawau, Sabah.

Polis berjaya menahan tujuh lelaki yang terlibat manakala seorang lagi masih diburu.

Tujuh lelaki yang ditahan berusia antara 23 hingga 38 tahun terdiri daripada lima warga tempatan manakala dua lagi warga asing.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas memaklumkan, hasil siasatan mendapati pergaduhan turut melibatkan penggunaan senjata berbahaya.

Pergaduhan dikatakan berpunca dari berselisih faham ketika menarik kereta yang berlaku di Taman Trauselin, Jalan Persisiran, Tawau, Isnin lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini