Polis Brazil mengesahkan 10 terkorban dalam insiden runtuhan batu di tebing Tasik Furnas yang menghempap beberapa bot pelancong Sabtu lalu.

Manakala sekurang-kurangnya lebih daripada 30 cedera dengan 9 daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital. Menurut anggota penyelamat, kesemua yang maut adalah warga Brazil berusia diantara 14 dan 68 tahun.

Sebelum ini tular, imej video yang menunjukkan kumpulan bot-bot kecil bergerak perlahan berhampiran tebing batu di Tasik Furnas apabila berlaku retakan, sebelum batu besar jatuh mengenai sekurang-kurangnya dua bot.

Difahamkan hujan lebat baru-baru ini mungkin menyebabkan kepingan batu berkenaan pecah. Tasik Furnas merupakan tarikan pelancong popular di kawasan itu, kira-kira 420 kilometer di utara Sao Paulo.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini