Polis sedang giat memburu dua samseng jalan raya yang didakwa mengugut seorang pengguna menggunakan parang di Lebuh Raya Pasir Gudang. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata siasatan berhubung kejadian itu membabitkan cermin kereta mangsa didakwa dihentak dengan parang, sedang dijalankan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS). Mangsa membuat laporan polis kelmarin. Semalam, tular satu video berdurasi satu minit 24 saat memaparkan dua lelaki keluar dari kereta dan beberapa kali menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pengguna jalan raya, malah seorang daripada mereka dilihat menghentak cermin hadapan kenderaan terbabit dengan parang. Kejadian itu dipercayai akibat rasa tidak puas hati berikutan suspek tidak diberi ruang untuk memotong dalam keadaan jalan sesak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini