Polis kini sedang memburu seorang individu bagi membantu siasatan kes pecah mesin pengeluaran automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Baru Perai, petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, sepasukan polis dikerah ke lokasi berkenaan sekitar jam 7 malam.

Suspek dikatakan memecahkan pelapik skrin tiga buah mesin ATM menggunakan topi keledar.

Selain mengesan cap jari, polis turut menemukan serpihan penghadang muka topi keledar suspek di ruang mesin ATM berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, usaha mengesan suspek serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dilakukan.

Motif kejadian belum dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini